Pages

Monday, November 5, 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Terus Meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah
AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen
yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank,
Steve Brice hari iniHarga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun
hari ini.


Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk
paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan
peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia
menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga
komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata
beliau lagi.Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang
Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara
seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin
meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin
bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00
berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan
ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal
mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang
telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar
faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi
pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...