Pages

Tuesday, November 27, 2012

Fakta Dan Sejarah Tentang Emas





1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia jugamerupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen.Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling danbarangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.
Read More


Sunday, November 25, 2012

50,000 Pelabur EMAS Terjerat

Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.
Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007. Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.
Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.
Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.
Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.
“Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya.
Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Read More


Sunday, November 11, 2012

Analisis Harga Emas – Potensi Kenaikan Sepanjang 3 Tahun


Analisis Fundamental

Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD. 

krisis subprima
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.
Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.
Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur  yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).
Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
Impak Quantitative Easing 1, 2 dan 3
qe vs gold
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.
Perhatikan dibawah ini,
graf emas 29.10.2012
Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi?
Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.
Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?
Diantaran sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.
Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.
Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!
Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.

Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.
Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga - POSITIF
Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental - POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun.
Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya? BELI EMAS & SILVER SEGERA!
Read More


Update Graf Harga Emas 9.11.2012

graf emas 1

Jangkaan Pergerakan Harga Emas Sejak Oktober 2011
gold
Harga Emas Mulai Turun Perlahan-lahan
gold 23.10.2012
Harga Emas Turun Semakin Pantas
gold update 5.11.2012
Harga Emas Menyentuh Paras Harga Sokongan (Support)
gold update 9.11.2012
Arah Pergerakan Harga Emas Kini Telah Berubah Kepada Mode Pendakian Selepas Melantun Pada Paras Harga Sokongan
Saya ada kongsikan info mengenai jangkaan pergerakan harga Emas ni pada 11 oktober lalu melalui Page Facebook saya dan beritahu kepada semua agar jual segera kepada sesiapa yang dah untung.
graf 10 okt
Pada 4 November minggu lepas, saya update lagi pergerakan harga emas dan maklumkan kepada semua agar segera beli kerana harga dah nak mula mendaki.
10 pelaburjutawan.com
Kepada yang membeli pada hari Sabtu dan Ahad lepas, dapatla memborong dengan harga ni:
sales order 4.11.2012
Bila dibandingkan dengan harga sekarang ni:
pg price 9.11.2012
Alhamdulillah,dah nak untung..sikit je lagi..lepas ni boleh tambah kolum profit untuk tahun 2012 di bawah ni.
untung emas 2012
Kalau tengok posisi harga saya beli dan jual, setiap kali lepas saya beli je mesti harga turun lagi, dan setiap kali lepas saya jual je mesti harga naik lagi…tapi yang bestnya setiap kali berlaku macam tu setiap kali tu saya untung!
jual beli emas 2012
Tapi Pelaburan Akaun Emas (GIA) yang saya beli dari tahun lepas sampai sekrang, sekali pun belum boleh jual dengan untung, kalau nak jual masih rugi.
Saya sendiri hairan, kenapa agaknya masih ramai yang nak simpan di Akaun Emas GIA ni walaupun Emas Fizikal Public Gold dah boleh untung 4 kali, sedangkan yang ada di GIA sekali pun belum boleh jual lagi..?
gold investment account
Ok, so jangan buang masa lagi, harga emas makin hari makin tinggi!

Read More


Monday, November 5, 2012

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB


Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah tidak halal haram, namun diistiharkan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halalnya proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, dan ada akses kepada maklumat ini, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...
Read More


Mengenali Emas PG


1. Apa itu Public Gold?
Public Gold adalah syaarikat pengeluar emas wafer yang membenarkan pelanggan individu melabur emas fizikal dengan cara yang mudah, lebih selamat dan murah. Pelanggan boleh membeli emas dengan ketulenan 999.9 di semua outlet Public Gold  atau Agen mengikut pada harga emas harian dunia untuk 20g, 50g, 100g and 500g dalam Ringgit Malaysia.




2. Kenapa Mesti Melabur Di Public Gold?
Public Gold adalah salah satu cara terbaik untuk pelanggan untuk membina portfolio pelaburan emas peribadi dengan membeli emas dalam jumlah yang relatif kecil secara berterusan dalam sesuatu jang ka masa yang dikehendaki . "Cost averaging"  membolehkan pelaburan emas mampu diibuat pada harga yang sangat berpatutan.




3. Faedah Memiliki Emas Fizikal Public Gold ?
    Kemudahan melabur dalam emas di mana-mana cawangan Emas Awam di Malaysia.
    
Ia adalah selamat, kerana ia dalam bentuk fizikal.
    
Ia adalah lebih murah kerana harga emas yang disebut akan disandarkan kepada harga emas    antarabangsa tanpa caj tambahan biasa.
    
Pelanggan boleh melabur dalam jumlah yang kecil pada masa minima iaitu gram 20.
    
Terdapat peluang untuk keuntungan modal jika harga emas menghargai.
    
Emas boleh lindung nilai terhadap inflasi.


4. Bagaimana anda akan membuat keuntungan modal daripada melabur di Gold Awam?Antarabangsa, harga emas dipetik dalam Dolar AS per auns. Untuk Awam Emas, harga emas akan ditukar kepada Ringgit Malaysia. Anda akan membuat keuntungan modal jika harga emas menghargai.


5. Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?Masa yang sesuai akan menjadi apabila harga emas adalah rendah.

6. Adakah harga emas yang disebut setiap hari menjadi lebih baik daripada di kedai emas?Harga emas dipetik setiap hari akan disandarkan kepada harga emas antarabangsa dan pasti akan menjadi lebih baik daripada kedai emas.

7. Apakah Bullion?Bermakna tempat lebur, dari kaldu Perancis, mendidih, berasal dari Latin bullio). Emas adalah logam berharga (Emas) yang dinilai oleh berat dalam logam berharga yang tertentu. Tidak seperti duit syiling atau Numismatik yang dinilai oleh tempaan terhad, jarang, keadaan dan umur, syiling bulion dibeli oleh pelabur yang mencari cara mudah dan ketara untuk melabur.

8. Mengapa melabur dalam bulion emas?Membuat sebahagian logam berharga perancangan kewangan anda menjadi salah satu daripada kaedah-kaedah strategi pelaburan yang baik. Dan orang-orang seperti idea memegang sesuatu nilai sebenar dalam tangan mereka, bukannya mempercayai segala-galanya kepada bank atau broker. Kuasa-kuasa ekonomi yang mempengaruhi harga logam berharga yang berbeza dari, dan sering bertentangan, kuasa-kuasa yang menentukan harga aset kewangan yang paling biasa. Ini pergerakan bebas daripada logam berharga kepada aset kewangan lain boleh mengurangkan turun naik portfolio keseluruhan dan menyumbang kira-kira.Sama ada anda adalah konservatif atau agresif dalam pendekatan pelaburan anda, logam berharga boleh mewakili satu bahagian penting dalam peruntukan aset anda. Beberapa pakar mencadangkan bahawa 10-15% daripada portfolio aset dalam logam berharga. Tidak kira apa tahap risiko pelabur ingin mengambil, portfolio setiap keperluan asas yang selamat. Emas adalah salah satu yang paling cecair semua pelaburan. Ia adalah mudah mudah alih. Ia adalah mudah untuk menyimpan. Ia diiktiraf di setiap negara. Ia mudah dan berhati dibeli dan dijual. Ia boleh dengan mudah ditukar kepada tunai pada bila-bila masa.

9. Apa yang saya perlu membeli syiling atau bar?BarBagi pelabur skala yang serius dan besar, jongkong emas adalah satu cara mudah dan berkesan untuk melabur dalam emas. Bar yang lebih besar biasanya boleh didapati di premium terendah atas nilai emas intrinsik mereka, bar kecil cenderung untuk kos lebih. Terdapat keseimbangan bagaimanapun, dalam bahawa bar lebih besar tidak adalah seperti fleksibel apabila ia datang kepada jualan. Jika anda memiliki bar sekilo, dan anda ingin menjual, katakan 3 auns, ia tidak mudah untuk potong dari satu hujung bar anda. Pilihan anda pembeli adalah juga lebih terhad kerana anda akan perlu untuk menjual kepada peniaga yang lebih besar, ia adalah tidak mungkin bahawa anda akan mencari pembeli swasta kerana kebanyakan orang tidak biasa dengan bar bulion emas.Duit syilingIa adalah wajar untuk mempertimbangkan satu auns moden syiling bulion emas sebagai satu auns bar bulion pekeliling. Syiling secara individu dicetak mereka dalam diri mereka menyediakan keaslian mereka sendiri dan boleh didapati pada harga yang sangat kompetitif berbanding dengan bar saiz yang serupa. Kerana syiling bulion emas hampir universal diiktiraf, mereka juga mudah untuk menjual semula.

10. Apakah harga spot?Harga Spot adalah harga yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, berdasarkan penawaran dan permintaan, untuk auns 1 troy emas. Harga Spot boleh berubah setiap minit.

11. Apakah Auns Troy?Satu auns troy adalah unit tradisional berat untuk logam berharga.Salah satu troy auns = 31,104 gram 32,151 oz = 1 Kilogram
12. Mengapa saya membayar premium atas harga spot?Apabila anda membeli mana-mana produk bullion anda membeli logam berharga yang telah dikeluarkan dan dicetak ke dalam bentuk yang boleh diniagakan. Premium atas harga spot adalah terdiri daripada kos pengeluaran ini.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Spread Margin?Apabila anda membeli logam berharga anda membayar premium atas harga spot hidup, (Mari kita katakan 6%). Apabila anda datang untuk menjual logam berharga anda anda menerima harga di bawah kadar spot langsung (katakan 1%) Oleh itu, dalam contoh ini penyebaran margin 7 mata peratusan.

14. Di mana saya boleh menjual logam berharga saya?Kerana Emas adalah standard antarabangsa anda akan dapat untuk berdagang syiling dan bar di kebanyakan negara di dunia.Public Gold menawarkan belakang yang paling berdaya saing kadar membeli di Malaysia.
15. Bagaimana saya boleh membeli diniagakan Gold?Anda boleh memanggil Public Gold di +604-6449999 (Pejabat Utama), atau 604-2619999 (Bishop Branch).

16. Bilakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perintah logam berharga saya?Emas awam akan menyediakan butiran akaun Ringgit Malaysia dalam kontrak yang telah diemail atau difaks kepada anda. Anda mesti menguruskan untuk kredit ke akaun ini dan mengesahkan pembayaran (tunai, Internet Banking Bank Bank pemindahan atau Eftpos,) dalam tempoh satu setengah jam. Kami memerlukan pengesahan ini kerana kebanyakan deposit tidak akan memproses sehingga semalaman. Jika anda tidak memberikan Emas pengesahan Awam mengekalkan hak untuk membatalkan pesanan anda.

17. Adakah saya perlu membayar apa-apa komisen atas pembelian saya?Walaupun banyak institusi dan peniaga mengenakan komisen kepada perdagangan logam berharga, Emas Awam tidak mengenakan komisen.

18. Apa yang membentuk pembayaran Emas Public menerima?Seperti amalan antarabangsa dalam perdagangan logam berharga, Emas Awam hanya menerima bentuk berikut pembayaran, pemindahan telegraf, kad kredit dan Perbankan Internet.

19. Bilakah saya boleh mengambil penghantaran pembelian saya?Ini akan agak bergantung kepada jadual produk kami tetapi anda boleh mengharapkan untuk mengambil milikan fizikal pembelian anda dalam tempoh 5 hari bekerja.
Read More


Harga Emas Akan Cecah USD1800/oz Bulan Ini


Assalamualaikum..
Harga sekarang baru dlm USD1678 per aunce. Kalau kita imbas kembali ke tahun lepas, rekod tertinggi adalah pada bulan September iaitu USD1927 per aunce. Bermakna harga emas masih lagi murah jika dibandingkan dengan setahun yang lepas.

 Jika anda ambil peluang ini, beli sekarang sebelum harga emas kembali mencecah USD 1800 - USD 1900, anda pasti boleh meraih sedikit keuntungan. Tetapi jika anda seorang yang hanya berminat untuk membuat simpanan masa depan, belilah pada waktu bila pun, anda tetap akan untung dalam jangkamasa yang panjang.
Percayakah anda bahawa harga emas akan naik lagi? Pada Jun 2008 (4 tahun yang lalu), Christopher Wyke, seorang pengarah pemasaran di Schroder Investment Management Ltd pernah berkata bahawa harga emas akan naik sehingga USD5000/oz dalam masa beberapa tahun akan datang. Saya petik sedikit kata-katanya yang diterbitkan di dalam laman Bloomberg:-
"You could easily see for the next several years that prices rise not to $1,000 an ounce, but prices rise to $5,000 an ounce or beyond as inflation psychology becomes more and more embedded and people become desperate to have a source of value," said Christopher Wyke, London-based emerging market debt and commodities product manager at Schroder, which oversees about $10 billion of commodity assets."
Kenyataan itu dibuat pada Jun 2008 di mana ketika itu harga emas dunia diniagakan pada kadar USD900/oz!!! Jika anda yang berada di hadapan Christopher Wyke ketika itu, sudah pasti anda akan mentertawakan beliau. Siapa sangka, emas boleh naik sehingga USD1900/oz sedangkan waktu itu hanya USD900/oz sahaja.
Read More


Harga Emas Bakal Cecah USD5000/oz

Quantitative Easing 1 ataupun lebih dikenali sebagai QE1 telah pun diumumkan pada Disember 2008 bagi meransang ekonomi Amerika Syarikat. Dalam pakej yang diumumkan itu, Federal Reserve telah mencetak sebanyak USD300 billion dan hasilnya harga emas telah meningkat sebanyak hampir 40% dalam tahun 2009. Namun usaha Amerika Syarikat untuk meningkatkan ekonomi mereka semakin mendatangkan kegagalan, malah tindakan mencetak wang hanya menyebabkan nilai Dollar US semakin menurun.
Setahun selepas itu, Federal Reserve sekali lagi bertindak melancarkan QE2 pada Ogos 2010 di mana kali ini sebanyak USD600 billion telah dicetak bagi tujuan yang sama. Walaupun dikecam kerana gagal dalam QE1, namun US masih tidak mahu berhenti untuk terus mencetak wang Dollar kebanggaan mereka itu. Hasilnya, pergerakan harga emas telah meningkat hampir 35% sehingga bulan September 2011. Kenaikan ini juga didorong kesan Standard & Poors (S&P) yang bertindak menurunkan kredit rating dari AAA kepada AA+ pada bulan Ogos 2011. Ini adalah kesan kegagalan QE2 sepertimana kegagalan QE1 dahulu.
September 2012. Sekali lagi Federal Reserve seperti diketahui ramai pihak akan melaksanakan QE3 dan sesuatu yang mengejutkan telah pun diumumkan oleh Chairman Federal Reserve, Ben Bernarke. Lihat apa yang diumumkan olehnya... 
The Federal Reserve announced plans to unleash more stimulus Thursday, in its third attempt at a controversial program to rev up the U.S. economy. The policy, known as quantitative easing and often abbreviated as QE3, entails buying $40 billion in mortgage-backed securities each month. The end date remains up in the air, as the Fed will re-evaluate the strength of the economy in coming months. The Fed is wasting no time. The purchases begin Friday and are expected to add up to only $23 billion for the remainder of September.The bond-buying policy "should put downward pressure on longer-term interest rates, support mortgage markets, and help to make broader financial conditions more accommodative," the Fed's official statement said.
Harga Emas telah meningkat sebanyak 111% dari QE1-QE3. Kesan Quantitative Easing 3 (QE3) yang diumumkan oleh Federal Reserve pada 13 September lepas bakal membawa harga emas untuk terus meningkat hampir 200% dalam masa 3 tahun akan datang. Besar kemungkinan, harga emas akan melonjak ke angka USD5000/oz dan harga Silver pada kedudukan USD100/oz. QE1 dan QE2 telah pun menjadi sejarah, dan QE3 adalah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih luas.

Jika sebelum ini, anda tidak membuat apa2 tindakan untuk membeli emas bagi menjana keuntungan, maka gunakan peluang ini untuk merancang sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lebih dalam masa 2,3 tahun akan datang. Mulakan dengan membeli emas keluaran Public Gold yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Hubungi saya 0195595916. Peluang untuk menjadi Dealer Public Gold juga masih dibuka. Dengan pembelian RM20,000 ke atas mana2 produk Public Gold akan melayakkan anda menjadi Normal Dealer Public Gold. Nak tahu rahsia menjana keuntungan apabila bergelar Dealer PG, hubungi saya segera.
Read More


Peluang Menjadi Usahawan Emas

 Modal Agen Hanyalah RM20 000

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.
Sekarang, dengan modal RM20,000 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.

Apa yang anda perolehi dengan bayaran 20k?

Dengan bayaran RM20k, anda boleh memilih apa-sahaja produk keluaran Public Gold mengikut harga semasa (samada jongkong emas, dinar emas, jongkong perak atau barang kemas) asalkan nilainya adalah RM20k.
set_lengkap_public_gold
 
Diantara produk yang anda boleh pilih.

Untuk harga semasa anda boleh lihat di www.publicgold.com.m.
 
pg_price


Modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.
Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.
Emas pelaburan memang senang dijual. Very hot item :)

Kebaikan Menjadi Agen Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:
1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
    pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
    Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
    beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.
3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
    daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.
4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.
pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen

1. Komisyen jualan 1.0%

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.%  untuk jualan. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.5% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

2. Untung trade in 5%-6%

pg_price

Keuntungan yang kedua ialah untung apabila pelanggan trade in emas kepada anda. Ini kerana anda akan membeli semula emas Public Gold tersebut pada harga We Buy . Jadi terdapat perbezaan harga antara 5%-6% diantara harga We Sell dan We Buy.
Contohnya: Pada 6/12/2009, Seorang pelanggan ingin menjual semula jongkong emas 20 gram kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga RM2636.00 (we buy).
Kemudian, jika pada masa yang sama ada seorang pelanggan baru ingin membeli jongkong emas 20 gram daripada anda maka anda boleh menjual jongkong emas yang dibeli pada harga RM2636 tadi dan menjualnya pada harga RM2804.
Jadi anda mendapat untung sebanyak RM168.00
Bayangkan kalau urusniaga itu melibatkan 100 gram, anda boleh untung RM694.00

Target Jualan Bulanan.

Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.
Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.
Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.
Anda untung, mereka pun untung.
Read More


Produk Emas PG

Produk yang dijual:

1. Gold bar Public Gold 20 gram
2. Gold bar Public Gold 50 gram
3. Gold Bar Public Gold 100 gram
3. Dinar Emas 1 Dinar (4.25 gram)
4. Dinar Emas 5 Dinar (21.25 gram)
5. Dinar Emas 10 Dinar (42.5 gram)

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila hubungi nombor telefon diatas.
Semua gold bar mempunyai sijil ketulenan Public Gold dan siri nombor tersendiri.
Harga jualan adalah berdasarkan harga di website Public Gold

Gambar: Gold Bar Public Gold 20 gram dan 50 gram.


Gambar: Gold Bar Public Gold 100 gram.



Gambar-gambar Dinar

Gambar 1 Dinar


Gambar 5 Dinar



Gambar 10 Dinar

Read More


Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?


Ada beberapa pilihan, diantaranya dari Bank tempatan, dari kedai dan dari penjual Emas Bar & Dinar.
Sebelum ini, bank menjadi pilihan utama untuk membeli seperti Kijang Emas di Maybank atau Maple Leaf Gold Coin dari UOB Bank. Tetapi wujud masalah kekurangan stok disebabkan permintaan yang terlalu tinggi untuk produk Emas Fizikal.
Selain itu, ada juga kekurangan dari sudut lain, iaitu produk Emas mereka tidak boleh dibuka pembalut luarnya, dan pada saya ini merupakan satu kekurangan besar kerana:
  • PEMBALUT TIDAK BOLEH DIBUKA – Anda tidak berpeluang melakukan pengesahan ketulenan tersebut, kerana untuk ujian itu pembalut Emas perlu dibuka, dan jika dibuka Bank tidak akan membeli Emas itu semula.
  • TIDAK BOLEH DIGADAI – Ini juga menyebabkan tersebut tidak boleh digadai, kerana proses gadaian memerlukan Emas tersebut melalui ujian pengesahan ketulenan.
Begitu juga jika anda membeli dari kedai Emas, selain 2 kekurangan diatas, membeli dari kedai Emas juga ada kekurangan tambahan yang lain seperti:
  • SUSUT NILAI - Spread belian balik yang ditawarkan sangat tinggi, sekitar 25-30%.
  • HARGA TIDAK SELARAS – Harga mereka tidak selaras dengan harga Emas di pasaran antarabangsa, dan ini akan menyebabkan berlakunya situasi dimana ketika harga Emas antarabangsa turun rendah, tetapi harga mereka tetap kekal tinggi. Bermakna pembeli akan teraniaya, dan situasi ini memang benar-benar berlaku sejak harga Emas turun pada bulan September 2011 mencecah paras sehingga RM16x segram, tetapi harga mereka tetap berada sekitar RM195 – RM210 segram.
Saya sendiri telah melalui pengalaman membeli dari Kedai Emas ketik pertama kali membeli Emas Fizikal sebagai Pelaburan pertama saya, dan kekurangan diatas adalah hasil pengalaman yang saya lalui sendiri.
Secara peribadi, saya cadangkan anda membeli Emas fizikal daripada Syarikat Pengeluar dan Penjual Emas dan Perak fizikal, yang juga merupakan pelopor kepada industri Emas Simpanan dan Pelaburan di Malaysia sejak tahun 2008 iaitu Public Gold Group atau lebih dikenali dengan nama Public Gold.
Public Gold juga baru-baru ini telah menjalani proses pemeriksaan dokumentasi oleh Bank Negara Malaysia dan telah disahkan tanpa ada sebarang masalah.
Read More


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...