Pages

Sunday, June 30, 2013

Ketahuilah Teknik Buat Duit RM200K untuk Persaraan Anda


Kali ini saya ingin kongsikan ilmu mendapatkan RM200k untuk pencen anda. Kalau anda seorang kakitangan kerajaan gred 17, mungkin wang gred duty yang akan dapat sekitar RM100,000. Melainkan anda mula kerja
dengan gred 41 mungkin mampu mendapatkan wang gred duty sebanyak RM200k.

Untuk mereka yang xmampu dapat sebanyak itu. Disini saya kongsikan cara untuk anda mengumpul wang sebanyak itu. Anda boleh dapat RM200k dalam masa 25thn dengan membuat loan ASB sekarang. Tak percaya jom kita lihat pengiraan ini...


Untuk buat RM200k loan ASB..anda perlu menbayar RM1,130/bulan iaitu RM11, 300 untuk tempoh 10 bulan sebelum boleh kutip dividen untuk pembayaran tahun ke-2. Mengapa bayar 10 bulan sahaja tidak 12 bulan. Alasan yang paling sesuai untuk meminimakan serendah  bayaran bulanan.

Untuk makluman, akaun yang tertunggak 3bulan keatas sahaja pihak bank akan menjualnya. Disini tempohnya hanya 2bulan, selamat lagi dari digadai oleh pihak bank. Mana nak dapat RM11,300 ini...? Berminat la tu boleh baca sampai sini. Ok kita sambung lagi untuk tindakan selanjutnya.

Seterusnya anda boleh la pergi ke mana2 bank untuk buat personal loan. Biasanya Bank Rakyat dan Agro Bank la..tapi MBSB pun ok juga. Tapi bagi susah nak buat personal loan di bank tersebut boleh mencuba dengan Bank Persatuan. Jangan cari AH LONG sudah.

Buat personal loan sebanyak RM15,000, dan anda akan dapat sekitar RM13,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM128 @ RM1,536 setahun. Sekarang dah dapat wang untuk bayar loan ASB RM200k iaitu RM11,300. Bolehlah la anda pergi buat ASB loan sekarang.

Yang jadi masalah lagi macam mana nak bayar Personal loan. RM13,000 – RM11,300 masih lagi berbaki RM1,700. Lepas la untuk bayar personal loan untuk tahun pertama. Sekarang setel dah masalah tahun pertama. Takut lagi ker...

Tanpa perlukan modal anda mampu memiliki loan ASB RM200k. Larat lagi ke nak baca, ini cara pembayaran untuk tahun ke-2 sehingga tamat lak..

Masuk aja tahun ke-2 anda akan mendapat dividen ASB sebanyak RM16,000 dengan andaian dividen ASB 8%. Wang inilah yang akan anda gunakan untuk membayar loan ASB ( RM13,560 untuk 12 bulan) + personal loan (RM1,536) = RM14,916

Masih berbaki lagi duit Dividen itu. RM1,084. Jangan lupe tahun pertama kita bayar ASB loan untuk 10 bulan sahaja. Jadi yang 2 bulan terhutang itu, anda boleh biarkan sebegitu sampai 20tahun@anda boleh bayar sedikit demi sedikit. Mana2 tindakan yang anda ambil tidak akan menyebabkan pihak bank menjual ASB loan anda kerana yang tertungak itu tidak sampai 3 bulan.


Bolehlah anda fikir2kan nak ker aku nie wang pencen RM200k. Majlis fatwa mengatakan ASB itu harus. Tiada lagi yang katakan haram.
Read More


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...