Pages

Wednesday, January 2, 2013

Analisa Dan Strategi Pelaburan Emas 2013

Beberapa minggu ini kita meyaksikan pergerakan harga emas yang bergerak sideways atau ranging (bergerak dalam range kecil), ekoran para pelabur masih menunggu beberapa data fundamental yang masih dalam perbincangan dimana ianya bakal memberi impak besar kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Biasanya, jika data tersebut memberi impak positif kepada U.S, maka harga Emas akan turun kerana para pelabur jangka pendek akan menjual pelaburan dari sektor komoditi dan beralih membeli saham pula, dan begitu juga yang akan berlaku jika impak data tersebut yang sebaliknya.
Saya menjangkakan pergerakan besar harga Emas dan Perak mungkin akan berlaku pada 4 januari 2013, iaitu hari Jumaat ini berikutan ada beberapa faktor fundamental yang akan diumumkan pada tarikh tersebut. Rujuk pada paparan dibawah.
 Berita fundamental emas
Bila saya kata akan berlaku pergerakan besar maka banyaklah soalan yang bertanya,
“Pergerakan naik atau turun..?”
Jawapan saya, Wallahua’lam… itu akan bergantung kepada sentimen yang dipengaruhi oleh data yang akan dikeluarkan nanti dan tiada siapa yang tahu kerana sentimen pasaran sentiasa diluar jangkaan.
Paling terbaik, jangan berspekulasi dengan pasaran, iaitu jangan meramal atau menjangka ke mana hala tuju pasaran.
Jadi apa yang perlu dilakukan? Anda hanya perlu merangka strategi pelaburan, itu sahaja.
Bermakna, jika harganya naik sekalipun anda dah tau apa yang perlu dilakukan dan jika harganya turun pun anda dah tau langkah yang perlu anda ambil, itulah strategi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...