Pages

Monday, December 31, 2012

Pelaburan Perak TV 9 Oleh Louis Ng

Untuk mereka yang tidak berkesempatan menonton ulasan tentang pelaburan perak di tv9 semalam, disini ada sebahagian sedutan ulasan tentang perniagaan perak di Malaysia.



 
Read More


Sunday, December 30, 2012

Strategi Dalam Pelaburan



Pelabur harus Mengetahui Perniagaan Diceburi


KUALA LUMPUR 24 Dis. - "Gunakan sekurang-kurangnya separuh daripada wang bonus yang diterima untuk tujuan simpanan dan pelaburan," demikian nasihat Ketua Pegawai Pelaburan Allianz Malaysia Bhd., Esther Ong Chen Woon.

Menurut beliau, simpanan merupakan perkara penting bagi tujuan membeli rumah, menabung untuk pendidikan kanak-kanak, untuk kegunaan semasa kecemasan atau perancangan persaraan.

"Memang kita perlu memanjakan diri sendiri selepas berhempas pulas bekerja sepanjang tahun, namun seseorang itu perlu beringat semasa berbelanja bagi memastikan kewangan mereka sentiasa stabil sepanjang hayat.

"Semasa individu masih muda, mereka harus sentiasa bijak berbelanja dan mengumpul kekayaan dalam bentuk deposit," katanya.

Chen Woon menasihatkan orang muda untuk membeli rumah pada permulaan kerjaya terutama kediaman bertanah kerana nilainya akan meningkat dari semasa ke semasa dan bukannya menghabiskan wang untuk membeli kereta.

Katanya, anggapan bahawa pelaburan kereta adalah keperluan merupakan satu pendapat yang salah kerana ia tidak boleh dianggap sebagai aset ekoran nilainya yang menyusut.

Menyentuh mengenai bentuk pelaburan ideal, Chen Woon berpendapat bahawa campuran bon dan ekuiti adalah seimbang dari segi risiko dan pulangan.

Strategi tersebut disasarkan kepada individu bekerja yang tidak mempunyai masa untuk memantau pelaburan mereka.

Beliau turut menasihatkan pelabur supaya selalu mempersoalkan sifat asas bagaimana pulangan tinggi diperolehi.

Katanya, pelaburan yang memberi pulangan terlalu tinggi secara luar biasa seperti yang ditawarkan oleh 'Skim Cepat Kaya' bermakna risiko yang dihadapi juga adalah tinggi dan ia tidak dijamin.

Tambah beliau, pelabur perlu membina pelbagai portfolio dengan gabungan pelaburan yang betul, sesuai dengan keperluan pelaburan atau simpanan individu dan yang paling penting mengetahui asas-asas pelaburan.

"Jangan sekali-kali melabur dalam perniagaan yang anda tidak faham.

"Memahami sifat pelaburan dan berpegang kepada hanya apa yang anda tahu adalah langkah pertama untuk melabur secara betul dan pelabur perlu mengambil kira risiko dan menilai pelaburan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan," katanya.

Menurut Chen Woon, terdapat banyak faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur terutama faktor jangka panjang seperti dasar fiskal dan kewangan, politik dan trend ekonomi.

Seseorang pelabur katanya, perlu memahami kedudukan kewangan negara, selain melihat data asas seperti pasaran kerja, kadar pengangguran, kenaikan gaji dan kos sara hidup.

"Berinteraksi dengan orang ramai dari pelbagai industri seperti peniaga, pemandu teksi, peruncit dan rakan-rakan juga boleh membantu dalam menentukan sentimen pasaran secara keseluruhan.

"Walau apa pun, sekali lagi saya ulangi, lebih banyak berjimat dan kurangkan berbelanja.

"Jangan biarkan keuntungan yang cepat dan pulangan yang tinggi menutupi mata anda, sentiasa melengkapkan diri anda dengan fakta dan pengetahuan. Dengan ini, anda akan pasti bahawa anda melakukan perkara yang betul dengan wang yang anda miliki," tegasnya.
Read More


Friday, December 28, 2012

Cara Meraih Keuntungan Pelaburan Emas, Pertambahan SImpanan Emas & Pendapatan dari Perniagaan Emas sebagai Dealer di Public Gold



1 - ada yg memilih utk bertindak sebagai pelabur iaitu jual segera bila target keuntungan telah dicapai.

2- ada yg memilih utk jd penyimpan dgn cara membeli bila ada kemampuan dan menjual hanya bila ada keperluan.

3- dan ada juga yg memilih utk tidak melakukan apa2 krn keliru dan tidak tahu apa yg harus dilakukan, jadi cuma beli dan simpan shj krn harga emas akan terus naik dari masa ke semasa.

jadi semua pandangan dan tindakan adalah
betul belaka, kerana tindakan anda mengikut situasi dan posisi pd tahap yg anda ketahui dan mampu lakukan..terbaik!

Cumanya disini sy nak share sesuatu yg istimewa mengenai Public Gold dimana sebenarnya anda tidak perlu memilih samaada cuma perlu membuat Pelaburan atau simpanan ataupun perniagaan, kerana anda boleh melakukan kesemuanya pada satu masa!


Kenapa boleh jadi begini?

jawapannya kerana platform public gold dihasilkan dari kombinasi mutual fund, unit trust, stock & commodities, sekaligus membolehkan anda menjadi Investor, Saver & Bussines Owner anywhere and everywhere!

Jadi, anda akan meraih keuntungan dari Pelaburan, pertambahan Emas dari aktiviti Simpanan dan keuntungan tunai dari aktiviti Perniagaan, 3 in 1!
Duduk dlm 1 posisi, utk meraih keuntungan dari 3 sumber, smart enough kan?

Ok, sekarang kita perhatikan how its work.

Langkah Pertama untuk meraih 3 keuntungan ini adalah dgn mendaftar sbg Dealer.

Utk memudahkan pengiraan, sy gunakan amaun round figure sebagai modal anda, let say RM100,000.00.



1. SEBAGAI PELABURAN

Gunakan kesemua modal RM100k untuk beli emas pelaburan anda, dan tetapkan berapa % keuntungan yang ingin diraih dari pelaburan tersebut. Utk mudah, saya letakkan disini sasaran anda adalah 10% keuntungan bersih.

Jadi, bila harga Emas yang anda beli tadi telah mengalami kenaikan harga, dimana bila anda jual semula kepada Public Gold anda akan dapat RM110,000.00, maka anda akan segera jualkannya. Bermakna ketika ini di tgn anda ada RM100k iaitu modal asal dan RM10k iaitu untung dari pelaburan.

Untuk pelaburan seterusnya, anda hanya akan gunakan RM100k iaitu modal asal pelaburan anda sahaja, tidak kira berapa gram emas yang boleh dibeli, itulah amaun yang akan anda gunakan. Dalam konteks ini, yang perlu anda kekalkan adalah modal pelaburan, bukannya berat gram Emas yang boleh dibeli dgn modal tersebut.

Katakan skrg anda telah buat belian kedua sebanyak RM100k dan anda meletakkan sasaran keuntungan 10% juga, bermakna utk pelaburan kali kedua ini, bila anda jual semula kpd Public Gold anda akan dapat RM110,000.00 juga. Jadi sama seperti langkah permulaan tadi, asingkan keuntungan RM10k, dan gunakan modal asal RM100k utk pelaburan anda yang seterusnya.

Jadi sekarang ini anda ada RM100k modal asal pelaburan dan RM20k keuntungan dari pelaburan anda. Ok, jadi selesai part Pelaburan Emas anda.

So, macamana nak tambahkan semula Emas anda yang semakin berkurang tadi? jom masuk part 2.


2- SEBAGAI SIMPANAN

Untuk menambahkan simpanan aset berbentuk Emas atau Perak, ketika ini anda akan menggunakan keuntungan dari Pelaburan tadi untuk membeli emas atau perak sebagai simpanan pula.

Jadi keuntungan pelaburan anda tadi sebanyak RM20,000, so gunakan wang keuntungan tersebut untuk membeli Emas sebagai simpanan pula.

Jadi disini, anda akan terus menerus memperolehi simpanan Emas dan Perak secara PERCUMA yang dibeli menggunakan keuntungan pelaburan yang terus menerus dijana tadi.

Bermakna, pelaburan yang berjaya akan menambahkan simpanan emas dan perak secara percuma selagi modal asalnya terus diurus sebagai pelaburan yang menguntungkan, dan tidak sekadar beku dalam jumlah modal yang asal sahaja.

Nah, sekarang anda dah ada Money Machine yg akan terus bekerja menambahkan Simpanan Emas dan Perak anda, jadi anda bolehlah berehat dari mengerah tenaga menjadi money machine hanya utk membuat simpanan emas atau perak atau wang tunai, kerana modal pelaburan anda tadi akan mengambil alih tugas dan peranan ini selagi anda mengurus pelaburan anda dgn baik dan ianya terus menghasilkan pulangan yg konsisten.

Pulangan konsisten ya, bukan maksimum..Anda boleh meraih untung maksimum dgn menyimpan selama 10 tahun dan kemudian menjualnya, tetapi keuntungan konsisten yang diraih sedikit demi sedikit sebenarnya berupaya menghasilkan penggandaan jumlah untung yang jauh lebih byk daripada satu tempoh panjang yg anda sangkakan berupaya meraih kenaikan maksimum tadi, kerana pasaran tidak bergerak naik terus menerus, sebaliknya naik dan turun.

Lagi satu, makan sedikit-sedikit secara kerap dalam tempoh setahun akan sentiasa lebih baik berbanding mengharapkan ingin mkn sekenyang-kenyangnya lagi 10 tahun yg akan dtg, kerana dlm tempoh yg sgt panjang itu risiko untuk anda kebuluran sgt tinggi... : )

Selesai part menambah simpanan emas dan perak.



3- SEBAGAI PERNIAGAAN

Macamana saya berniaga Emas di Public Gold? Adakah saya perlu jumpa customer sentiasa, menghadapi risiko bertemu dgn org yg tak dikenali, bwk emas byk2, pegi hantar emas kemana-mana yang customer tinggal dll lagi yang anda mungkin pernah bygkan?

Semuanya pun tak...Baik sebelum tu, ada 2 bentuk keuntungan dari perniagaan.

Pertama, Meraih keuntungan besar bagi satu2 transaksi jual-beli, tapi transaksinya jarang2 berlaku dan biasanya beberapa faktor berupaya menghadkan volume urusniaga ini kerana tertakluk kepada keupayaan anda memastikan kejayaan urusniaga dari segi penyediaan stok, penghantaran dgn selamat, lokasi pelanggan, aspek keselamtan dll faktor pertimbangan.

Kedua, Meraih keuntungan kecil bagi satu2 transaksi jual beli, tetapi jumlah volume transaksinya berupaya menjadi sangat tinggi dan tiada had maksimum disamping anda tidak perlu bimbang soal keselamatan, penghantaran, lokasi pelanggan, dll faktor seperti diatas.


So di Public Gold, saya meraih keuntungan dari Perniagaan Emas dari kategori yang Kedua. Keuntungan agak kecil, sekitar 0.1% - 2% dari setiap amaun yang dibeli oleh pelanggan, tetapi ia wajar kerana risiko dan susah payah yang perlu saya hadapi dan tangani juga kecil.

Dlm masa yg sama, saya masih boleh meningkatkan keuntungannya juga melalui cara meningkatkan kadar volume dan kekerapan urusniaga kerana prospek pelanggan saya berada di Seluruh Dunia atau seluruh malaysia, dan saya boleh menjual emas kpd pelanggan yg berada di Alor Setar (contoh), tanpa saya harus pergi ke Alor Setar menghantar Emas itu sendiri, sebaliknya beliau boleh mengambilnya sendiri dari cawangan Public Gold di Alor Setar.

Bermakna, semakin banyak cawangan Public Gold di Malaysia, semakin banyak juga cawangan perniagaan saya dan pelanggan saya dari mana2 negeri pun tidak akan menghalang untuk saya menjayakan urusniaga tersebut.


Bagaimana caranya?

Contoh, ada pelanggan ingin beli Emas RM10,000 dan beliau tinggal di Johor Bahru. Apa yang saya perlu buat hanyalah, mendapatkan butiran pesanan dan maklumat pelanggan tadi, seterusnya saya akan maklumkan kepada Public Gold cawangan Johor Bahru mengenai butiran2 tersebut, dan Public Gold Johor Bahru akan menghubungi pelanggan tersebut untuk mengesahkan pesanannya, seterusnya mengeluarkan Sales Order bagi belian itu.

Kemudian pelanggan tadi akan akan membuat bayaran terus kepada Public Gold dan mengambil produk yg dipesan dari pejabat cawangan Public Gold di Johor Bahru. Saya sebagai Master Dealer yang introduce pelanggan tadi kepada Public Gold, akan menerima komisyen sebanyak 2% dari amaun beliannya, iaitu RM10k x 2% = RM200.

Katakan saya memaklumkan kepada pihak public gold mengenai butiran pesanan pelanggan tadi menggunakan SMS, bermakna kos yang saya gunakan hanya RM0.10 sen, dan keuntungan yang saya raih RM200, ambil kalkulator dan kira sendiri, ianya adalah Nett Profit Margin sebanyak 199,900%!!

Dalam bentuk % yang kita terima dari amaun belian pelanggan nampak sedikit, cuma 2%, tetapi sebenarnya bila kita kira dan bandingkan pulangan 2% tadi dgn kos yang digunakan, ia super berbaloi2..!

Dan sememangnya dlm apa2 perniagaan pun, peratus keuntungan dikira hasil perbandingan dgn kos modal yang dibelanjakan.

So selesai satu urusan perniagaan yang paling bijak dan menguntungkan. Dan biasanya, pelanggan tadi yang dah tahu sendiri bagaimana proses membuat belian, jadi selepas ini biasanya mereka akan membuat urusan itu sendiri, dan sebagai introducer anda masih akan terus menerima komisyen tadi dari setiap belian yang mereka lakukan.


-----------


Sepanjang hampir 3 tahun di Public Gold, jumlah pelanggan dan dealer yang saya introduce telah melebihi 400 orang, dan setiap bulan adalah keuntungan dari perniagaan yang saya raih sedikit demi sedikit.

Keuntungan dari perniagaan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan menaiktaraf kehidupan dan memenuhi keperluan, dan boleh juga digunakan untuk suntikan modal pelaburan, iaitu menambahkan modal asal yang RM100,000.00 tadi kepada satu jumlah yang lebih besar lagi, kerana keuntungan dari peratus yang sama, tetapi hasil dari modal yang lebih besar akan menghasilkan untung yang lebih besar.

Sebagai contoh, dulu modal RM100k anda meraih untung RM10k dari kenaikan sebanyak 10%, tetapi jika modal anda ditambah kepada RM200k, anda akan meraih untung sebanyak RM20k walaupun dgn peratus kenaikan sebanyak 10% juga.

Dan hasilnya, Emas dan Perak percuma yang akan anda himpun dari masa ke semasa akan lebih cepat bertambah dan berganda.


--------


Kesimpulannya, kalau ada satu posisi yang berupaya menghasilkan keuntungan dari 3 sumber, mengapa perlu meletakkan diri anda hanya pada 1 posisi yang cuma berupaya meraih keuntungan hanya dari 1 sumber?

Tempoh masa yang akan anda gunakan untuk meraihnya akan tetap sama!


Contoh :


Si A memerlukan tempoh setahun utk meraih untung sebanyak 10% dari pelaburannya.

Manakala si B dalam tempoh setahun telah berjaya menghasilkan keuntungan 20% dari pelaburan, sekaligus memiliki pertambahan simpanan emas dan perak secara percuma, serta pasif income bulanan dari perniagaan emas dan perak nya yang ada 17 cawangan di seluruh Malaysia...dan tanpa disengajakan beliau juga bakal menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia pada tahun berikutnya tanpa perlu memikirkan bagaimana caranya, tau2 je dah ada cawangan disana!

Sekian, semoga bermanfaat kepada semua dan dimanfaatkan sebaiknya.

Kalau anda perlukan maklumat Introducer atau anda inginkan bimbingan saya sebagai Introducer anda, maklumat saya seperti berikut :


Nama -MOHD SOLAHUDDIN
Kod Introducer - PG027770 Contact  - 012 9594690
Read More


Monday, December 24, 2012

Pelaburan Emas Guna Arrahnu

Sekarang ini ramai yang bersunggut kerana kenaikan  harga emas tidak seperti yang dijangkakan. Bagi mereka yang beli dan simpan sahaja, mungkin tidak pening kepala sangat. Tapi bagi golongan yang menggunakan Arrahnu untuk meraih keuntungan lebih besar mesti termenung memikirkan upah
yang terpaksa di bayar ribuan RM disebabkan harga emas sepanjang 2012 tiada kenaikan ketara sepertimana diharapkan pelabur iaitu kenaikan 2011 akan berulang.

Tapi apa nak dikata...nasi dah jadi bubur...emas Arrahnu mungkin bakal dilelong. Nasihat saya kalau boleh ambil semula emas di arrahnu dan dapat balik modal, tebus aje. Kalau tidak bayarlah upah dengan mengharap harga akan naik.

Memang 1 kesilapan bagi pelabur emas, membeli barang perhiasan untuk melabur dalam emas. Ini kerana, spread barangan tersebut adalah tinggi iaitu 10%. Kenapa kita tidak memilih spread yang lebih rendah...? Jawapan dia sebab kurang ilmu dalam pelaburan. Join sebab ramai yang join n kater untung.

1 lagi kesilapan para pelabur ialah menggunakan Arrahnu ntuk meningkatkan nisbah keuntungan. Arrahnu hanya sepatutnya digunakan pada waktu terdesak. Contohnya, setelah kita membeli emas, harga turun dengan agak banyak. Time macam nie, bolehlah guna Arrahnu untuk meningkatkan kadar keuntungan.
Jadi bagi yang baru nak mula melabur dalam emas @ pelabur yang dah tertipu dengan skim 30 – 70 penjual emas... JANGAN beli barangan kemas untuk tujuan pelaburan emas.  
Read More


Sunday, December 23, 2012

Cara Guna Dinar Emas untuk Bayar Loan ASB


Saya percaya ramai yg buat simpanan ASB melalui pinjaman atau ASB loan.

Biasanya, kaedah yg selalu digunakan adalah dengan membuat bayaran ansuran pinjaman pada tahun pertama.

Kemudian Dividen yang diterima pada tahun pertama akan digunakan untuk membayar bagi tahun berikutnya pulandan begitulah seterusnya sampai pinjaman tersebut habis dibayar.



Anda boleh meningkatkan keuntungan pelaburan dengan cara ini:

1. Dividen yang diterima gunakan kesemuanya untuk membeli Emas 1 Dinar.

2. Setiap bulan, jual beberapa keping Dinar hanya sekadar cukup untuk membuat bayaran ansuran pinjaman.

3. Dengan kenaikan harga Emas, jumlah Dinar yang dijual dari masa ke semasa akan semakin berkurang, walaupun jumlah ansuran pinjaman ASB yang dibayar tetap sama. Sebagai contoh, pada tahun 2010 harga purata sekeping Dinar RM550, dan pada tahun 2011 harga puratanya RM650.

4. Dengan kaedah ini, anda akan dapat menjelaskan ansuran bulanan pinjaman ASB tanpa sebarang masalah, dan sampai satu masa anda akan mempunyai Dinar Emas yang masih berbaki, bererti Dinar tersebut anda perolehi secara PERCUMA.

5. Kaedah ini juga merupakan salah satu Strategi Pemurataan (Averaging), iaitu anda membeli Dinar Emas dalam jumlah yang banyak, dan menjualnya sedikit demi sedikit, dalam masa yang sama harga Emas yang terus mendaki akan memberikan keuntungan kenaikan nilai Emas Pelaburan anda.

Praktikkanlah, insyaAllah berbaloi.
Kalau anda nak bimbingan dan pelbagai Tips pelaburan Emas, anda boleh mendaftar nama saya sebagai Introducer anda bila anda membeli produk Emas dan Perak Public Gold.

sumber
Read More


Sunday, December 2, 2012

Pelaburan Emas Menggunakan Modal Pinjaman Bank


Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.


STRATEGI PEMILIHAN PRODUK EMAS DAN CARA MENAMPUNG BAYARAN BULANAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM1600 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 4 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
5. Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
Strategi Pelaburan Emas Menggunakan Modal Pinjaman
Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
2009 – RM450
2010 – RM550
2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 4 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 48 keping Emas 1 Dinar.
Pengiraan jumlah bayaran balik :
Tahun 2009 – 48 x RM450 = RM21,600
Tahun 2010 – 48 x RM550 = RM26,400
Tahun 2011 – 48 x RM650 = RM31,200
JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM79,200.
BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM120,800.
JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 48 Keping X 3 Tahun = 144 Keping.
JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 144 Keping = Baki Yang Belum Dijual 356 Keping.
356 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM261,660 (Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki)
RM261,660 – RM120,800 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman jika mahu selesaikan awal)
= RM140,860.00 (Anggaran kasar baki tunai sebelum ditolak dengan interest pinjaman)
Mudah? Ini lah pentingnya STRATEGI.
Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.
Read More


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...