Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan
Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan
menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah
apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan
tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu
sebelum dipajak kembali. Yang menjadi masalah ialah apabila kita
kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun, kita
masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00
sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi
yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya
seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut
harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan
suruh kita tebus.
Tuesday, September 11, 2012
Monday, September 10, 2012
Camne nak mulakan???
Assalamualaikum..
Kita dihidangkan dengan pelbagai jenis pelaburan yang menguntungkan
antaranya Amanah Saham seperti ASB, ASN, ASW dan bermacam-macam lagi.
Selain itu tak kurang juga yang melabur dalam Unit Trust, Hartanah, Bon
dan pelbagai pelaburan lain.
Tetapi tiba-tiba hari ini anda terdetik utk melabur dalam emas. Tapi timbul beberapa persoalan...soalan yang semua org hadapi.
1. camne nak mulakan?
2. brape modal permulaan?
3. nak beli emas kt sape?
4. nak simpan emas kt mane?
5. bila masa yang sesuai?
6. nak jual kt sape emas ni?
Fakta Emas
Emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan
diperdagangkan secara bebas. Merujuk kepada data harga emas paling
rendah pada 5 Februari 2010 iaitu USD1,060 se-auns sehingga 9 Jun 2010
baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak USD190
kepada USD1,250 seauns. Perhatikan ilustrasi berikut:
Makluman
Selamat Datang ke Cerita-Emas.com. Saya memohon maaf jika ada mana-mana
pendapat dan penulisan saya di dalam Cerita-Emas.com ini yang
menyinggung mana-mana individu atau organisasi. Semua pendapat dan
tulisan saya tentang pelaburan emas hanya berniat untuk belajar (diri
sendiri) dan menyedarkan keluarga dan sahabat tentang pentingnya
menyimpan emas. Pihak kami bukanlah ejen skim cepat kaya, atau MLM, atau
skim pelaburan haram. Kami hanya menjalankan aktiviti menjual dan
membeli Emas dengan urusniaga tunai. Ada duit dan ada emas fizikal. Kami
juga tidak menjamin sebarang bentuk pulangan bulanan seperti yang di
war-warkan sesetengah pihak, bahkan kami mengutuk perbuatan dan skim
seperti ini kerana ianya haram di sisi Islam. Sebarang jenis aktiviti
seperti gadaian, teknik 30:70, simpanan dan sebagainya adalah atas
kreativiti dan inisiatif individu sendiri untuk menambah pendapatan
masing-masing.
Hadis Emas
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar
Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa
yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah
dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Subscribe to:
Posts (Atom)