Pages

Monday, November 5, 2012

Bagaimana Ingin Mula Pelaburan Emas

Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula
pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari
mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding
pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.


Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info
mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang
tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai
pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak
penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak
akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya
rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita
semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.

So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara
ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.

 1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk
    duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini
    secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung
    dengan orang yang berpengelaman ).
 2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan
    emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar
    kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua
    dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public
    Bank.
 3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari
    semasa ke semasa.

p/s : Cukup dah kot penerangan serba ringkas mengenai bagaimana nak mula
pelaburan emas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...