Pages

Wednesday, January 30, 2013

BAGAIMANA BOLEH UNTUNG DGN ARRAHNU...?



Tips yang sya nak share , secara asasnya utk anda mencapai untung bile menggunakan arrahnu, peratus kenaikan harga emas yang dibeli menggunakan modal dari arrahnu tadi mestilah lebih tinggi berbanding jumlah peratus upah simpan gadaian + peratus spread..


Contoh - upa...h simpan arrahnu sebulan 0.8% dan kadar spread emas 5%, bermakna kalau anda simpan selama sebulan di arrahnu, belian emas terbaru anda perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 5.8%, baru balik modal (belum untung lg)..

dan kalau emas tersebut anda simpan diarrahnu selama 10 bulan, bermakna peratus kos upah simpannya sekarang dah jadi 0.8 x 10 = 8% pula...bila tambah dgn kadar peratus spread 5%, ia akan jadi 13%...bermakna anda perlu tggu kenaikan harga emas sebanyak 13% pula baru anda boleh breakeven!

dan bygkan kalau anda dah gadai selama setahun setengah, berapa peratus kenaikan harga emas baru boleh cover semua kos? Sedangkan average kenaikan tahunan harga emas baru 15% (belum tolak spread, ini kenaikan kasar bukan untung bersih)...

kerana itu selagi anda masih belum hentikan kerugian tu (tebus segera emas tersebut), maka selagi itulah anda takkan buat untung...

Stop the losses, and start new...barulah anda boleh cover kerugian tersebut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...