Pages

Monday, November 5, 2012

Harga Emas Akan Cecah USD1800/oz Bulan Ini


Assalamualaikum..
Harga sekarang baru dlm USD1678 per aunce. Kalau kita imbas kembali ke tahun lepas, rekod tertinggi adalah pada bulan September iaitu USD1927 per aunce. Bermakna harga emas masih lagi murah jika dibandingkan dengan setahun yang lepas.

 Jika anda ambil peluang ini, beli sekarang sebelum harga emas kembali mencecah USD 1800 - USD 1900, anda pasti boleh meraih sedikit keuntungan. Tetapi jika anda seorang yang hanya berminat untuk membuat simpanan masa depan, belilah pada waktu bila pun, anda tetap akan untung dalam jangkamasa yang panjang.
Percayakah anda bahawa harga emas akan naik lagi? Pada Jun 2008 (4 tahun yang lalu), Christopher Wyke, seorang pengarah pemasaran di Schroder Investment Management Ltd pernah berkata bahawa harga emas akan naik sehingga USD5000/oz dalam masa beberapa tahun akan datang. Saya petik sedikit kata-katanya yang diterbitkan di dalam laman Bloomberg:-
"You could easily see for the next several years that prices rise not to $1,000 an ounce, but prices rise to $5,000 an ounce or beyond as inflation psychology becomes more and more embedded and people become desperate to have a source of value," said Christopher Wyke, London-based emerging market debt and commodities product manager at Schroder, which oversees about $10 billion of commodity assets."
Kenyataan itu dibuat pada Jun 2008 di mana ketika itu harga emas dunia diniagakan pada kadar USD900/oz!!! Jika anda yang berada di hadapan Christopher Wyke ketika itu, sudah pasti anda akan mentertawakan beliau. Siapa sangka, emas boleh naik sehingga USD1900/oz sedangkan waktu itu hanya USD900/oz sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...