Pages

Monday, November 5, 2012

Kenapa Emas Fizikal?


Ramai orang yang berebut-rebut untuk segera membeli Emas sebaik sahaja mereka sedar tahap kesihatan ekonomi dunia semakin merosot, kerana telah menjadi tradisi sistem kewangan kapitalis dimana mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas apabila situasi ekonomi merosot.

Ini memberikan kesan buruk kepada sesiapa yang masih menyimpan wang tunai kerana simpanan mereka tadi akan mengalami “Inflasi” iaitu penyusutan kuasa beli. Dalam ertikata lain, selepas ini simpanan sebanyak RM100,000 yang mereka ada sekarang sudah tidak cukup untuk membeli sesuatu yang berharga RM100,000 tadi pada masa akan datang kerana tindakan susulan selepas aktiviti pencetakan wang adalah tindakan menaikkan harga barangan.
Jadi, mereka memilih Emas Fizikal kerana Emas Fizikal tidak boleh dicetak atau dicipta oleh sesiapapun, dan dalam masa yang sama ianya diterima atau laku digunakan sebagai medium pembayaran untuk mendapatkan keperluan kalau-kalau situasi ekonomi bertambah buruk selepas ini.
Kalau mereka memilih Emas Digital, bukankah ia hanya sekadar angka-angka yang diubah oleh komputer yang telah diprogramkan oleh manusia? bermakna ia boleh bertambah dan berkurang mengikut kemahuan individu yang mengawalnya. Tambahan pula ia langsung tidak diterima oleh sesiapapun bagi tujuan sebarang pembayaran sejak beribu tahun dahulu hingga sekarang!
Bermakna, tiada bezanya membuat simpanan dalam bentuk Emas ataupun wang kertas jika pilihannya adalah Emas Digital (passbook account,akaun simpanan ,gold saving account,akaun dll).
Dan, sebenarnya risiko yang dihadapi oleh pelabur akan menjadi lebih tinggi sekiranya mereka memilih Gold Saving Account kerana setiap sen yang disimpan dalam akaun tersebut TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM).
pidm logo
Bermakna, sekiranya berlaku sesuatu kepada bank sehingga menjejaskan simpanan anda, anda tidak berhak membuat sebarang tuntutan kepada mereka walaupun satu sen, dan ini adalah diantara terma yang perlu ditandatangani sebelum anda membuka akaun simpanan tersebut, dimana-mana bank di seluruh Malaysia.
Pernah ke Bank di Malaysia ni dihentikan operasinya? Pernah, beberapa tahun lalu ketika tahap ekonomi Malaysia di yang agak kritikal, dan sekarang ini 3 buah bank yang ditutup itu bergabung menjadi sebuah Bank menggunakan warna Merah sebagai warna korporat mereka.
Pada tahun 2008, sebuah Bank Pelaburan kedua terbesar di Amerika yang telah beroperasi selama 120 tahun telah diisytiharkan muflis!
lehman brothers collapse
Anda boleh baca kisah kebankrapan mereka Di Sini.
Anda nak tahu apa yang berlaku kepada saham Bank tersebut? Perhatikan pada graf harga saham Bank Lehman Brothers dibawah. Sebagai peringatan bersama agar jangan terlalu yakin dengan pelaburan saham termasuk saham amanah.
lehman brothers stock chart
klik untuk besarkan
Dan memandangkan bank yang ada di Malaysia belum ada yang beroperasi lebih 120 tahun, bermakna kebarangkalian untuk berlaku situasi seperti diatas semestinya ada.
Selain itu, perlindungan yang ditawarkan oleh PIDM juga ada had maksimum iaitu hanya RM250,000 sahaja dan ia juga terhad kepada produk-produk perbankan tertentu sahaja. Untuk makluman, semua produk Unit Amanah (Unit Trust) tidak dilindungi oleh PIDM.

Anda boleh baca mengenai perlindungan oleh PIDM Di Sini.
Ada 3 Risiko Pelaburan Akaun Emas:
  1. TIADA PERLINDUNGAN – Ia tidak dilindungi oleh PIDM, sebarang kerugian tidak kira disebabkan oleh faktor apa pun, anda tidak berhak membuat apa-apa tuntutan kerugian.
  2. HARGANYA TIDAK SELARAS – Harganya tidak selaras dengan pergerakan harga Emas Antarabangsa dan penetapan harganya juga tertakluk kepada budi bicara pihak bank, bermakna anda jangan hairan jika ketika harga Emas turun, tetapi anda tetap membeli dengan harga yang mahal kerana ia tertakluk kepada pihak bank.
  3. RISIKO RUGI 100% - Keuntungan & kerugian anda bergantung sepenuhnya kepada naik dan turun harga Emas. Sekiranya ditakdirkan berlaku Bencana Ekonomi sehingga menyebabkan operasi bank dihentikan, anda tiada apa-apa lagi untuk digunakan sebagai medium bayaran untuk mendapatkan barangan keperluan. Berbanding sekiranya anda memiliki Emas Fizikal di tangan, mungkin risiko kerugian yang akan dihadapi sekiranya syarikat penjual asal Emas itu ditutup anda hanya kerugian sekitar 20-30%. Pertimbangkan, mana yang lebih berbaloi.
Ketiga-tiga risiko ini memang ada dinyatakan pada bahagian Keterangan Produk tersebut.

Sekali lagi, saya sarankan agar Beli EMAS FIZIKAL.
2 Sebab Utama Pemilihan Emas Fizikal Sebagai Simpanan & Pelaburan :
  • Kerana ia tidak boleh dicetak atau dicipta
  • Kerana ia laku / diterima sebagai pembayaran di seluruh dunia

Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...