Pages

Sunday, November 4, 2012

Public Gold Perniagaan Tulen - BNM

 
BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan penyelesaian segera kes itu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.

“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.

Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.

Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.

Sumber BH : Di sini 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...