Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan
Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan
menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah
apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan
tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu
sebelum dipajak kembali. Yang menjadi masalah ialah apabila kita
kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun, kita
masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00
sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi
yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya
seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut
harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan
suruh kita tebus.
Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, kami ringkaskan sedikit dibawah
- Maksimum pinjaman setiap individu sebulan tidak melebihi RM10,000.00
- Berat maksimum item (Rantai Leher : 35gram, Rantai Tangan : 25 gram. Rantai Kaki: 15gram)
- Boleh renew surat, tapi kena tebus keluar dahulu dan baru boleh pajak balik
- Maksimum pinjaman cuma 60% sahaja, sebelum ni 70%
Itu antara syarat baru Agrobank yang kami ingat seperti surat yang
diterima tempohari, dahla harga emas tengah jatuh sekarang, Agrobank
boleh pulak menukar polisi mereka secara tiba-tiba. Jadi, bagaimana nak
setelkan masalah ini, kami tak fikir ada penyelesai yang terbaik, tetapi
just cuba nak share beberapa cara yang mungkin kita boleh kongsi dan
bincang
Cara Pertama.
Oleh kerana polisi ini diubah secara tiba-tiba dan rasanya sangat
menekan pelabur, kita boleh buat aduan kepada Bank Negara, mungkin
mereka layan atau tidak, tetapi tidak salah mencuba, lagi banyak aduan,
lagi Bank Negara akan beri perhatian, tak perlu susah datang KL, masuk
je laman web BNM, kat situ ada borang aduan, cerita masalah dan click
send. Selang beberapa hari jika kita bernasib baik, pegawai Bank Negara
mungkin akan reply dan meminta Agrobank memberi surat tunjuk sebab. Cara
ni kena ramai-ramai buat, jika 1-2 orang je, senyum je pegawai bank
balas surat copy paste, tapi kalau ramai-ramai buat confirm letih mereka
nak cop setem, ke mcm mana?. just satu je, jangan inform kami ajar,
kami bagi cadangan je, x paksa. Jika berhasil dan Agrobank tarik semula
polisi baru mereka, bolehlah kita senyum balik dan harap harga emas akan
terus naik..
Cara Kedua.
Buat personal loan, keluarkan emas dari Ar-Rahnu dan simpan kat
tangan sendiri, tetapi jika kita ada cash banyak, boleh je keluarkan
tanpa buat loan. Loan paling senang nak buat untuk swasta adalah dengan
MBF Loan ataupun AEON Services, jika kerajaan, bank rakyat, koperasi,
etc2 (google je), dan please jangan guna khidmat Abglong, better contact
kami je dari contact abanglong. Lepas dah tebus keluar, jika rasa rumah
selamat, boleh simpan kat rumah, tapi jika rasa tak, simpan emas di
security box paling senang di Agrobank HQ etc caj murah je, cuma RM70
setahun. Cara lebih lebih baik dari bayar upah simpan Ar-Rahnu 0.75%
sebulan (bagi yang ada emas dalam jumlah yg banyak), so kita boleh
simpan lebih lama dan tunggu harga emas naik baru jual.
Cara ketiga
Jika cara kedua tak dapat jugak, xde cara lain, terpaksa jual emas
tu..tetapi nak jual pada harga sekarang memang sayanglah, harga emas
tengah rendah. Kita tak tahu esok lusa harga emas akan naik atau tidak,
jika jual confirm habis emas yang disimpan selama ni, jika tak jual
nanti kena bayar upah simpan kat bank setiap bulan. Bayangkan jika terus
bayar upah simpan maknanya jika campur tolak bahagi darab, kos beli
kita dulu meningkat, dari dulu beli RM170/gram bila campur upah simpan
dah jadi RM180/gram, perasan tak, harga emas dunia tengah turun, tp kita
naikkan lagi modal kita beli dengan bayar upah simpan , tak rasa macam
rugi ke?
Cara keempat
Jika kita masih menanti harga yang sesuai sebelum jual, sebenarnya
penantian kita tu memakan masa, dan dalam masa itu, upah simpan pun
bertambah, jadi sama je macam diatas , kos kita beli dulu pun turut
naik. Sementara kita sedang berfikir cara terbaik untuk elak kerugian
kita sebenarnya sedang rugi. Jadi cara yang paling hyper-aktif kami
dapat fikir adalah dengan melelong emas yang disimpan dan mudah-mudahan
ada mereka berminat membeli lebih tinggi dari harga lebur emas sekarang.
Kami yakin masih ramai yang masih sedang google-google untuk beli emas,
pembeli baru sama seperti anda dulu akan cari seller yang dapat jual
pada harga terendah, sekurang-kurangnya lebih rendah dari dijual di
kedai, jadi dari anda jual harga lebur, lebih baik jual pada harga
lelong.
Masalah sekarang adalah bagaimana untuk elak dari terus bayar upah
simpan setiap bulan. Jadi caranya, anda boleh hubungi Hargaemas dan
biarkan Hargaemas tebus emas tersebut dan lelong emas tuan di laman ini.
Lelongan emas akan dibuat secara telus melalui hargaemas.com.my/lelong,
penjual dan pembeli boleh berdaftar dan setkan tempoh masa untuk
lelongan, setkan harga minimum dan harga anda nak jual dan bermacam
lagi, yang penting emas harus dikeluarkan dulu dari Ar-Rahnu