Pages

Monday, September 10, 2012

Fakta Emas


Emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Merujuk kepada data harga emas paling rendah pada 5 Februari 2010 iaitu USD1,060 se-auns sehingga 9 Jun 2010 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak USD190 kepada USD1,250 seauns. Perhatikan ilustrasi berikut:

Harga terendah tahun 2010 pada 5 Februari 2010

Harga tertinggi pernah dicatatkan USD1,250/oz
Enam bulan dulu, harga terendah emas ialah USD1,080 se-auns dan setahun sebelumnya iaitu pada 23 Jun 2009, harga emas ialah USD920 se-auns. Dalam tempoh satu tahun, harga emas naik sebanyak 35.8%. Sila rujuk website KITCO untuk mengetahui data dan maklumat mengenai emas.

Jun 2009

Jun 2010
Secara purata, seseorang yang melabur untuk jangka panjang akan mendapat hasil purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5%. Dengan ini, berkemungkin juga bahawa pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, satu auns (oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini juga boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank, OUB dan Public Gold sendiri.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank. Namun, pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas secara fizikal, iaitu hanya dapat melihat kemaskini jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan secara bertulis di dalam buku pas.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama iaitu:
Pertama: penyusutan nilai Dolar Amerika. Apabila nilai Dolar Amerika susut, harga emas akan naik, manakala apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga khabar angin mengatakan bahawa negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain Dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain Dolar Amerika (Euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan segera, namun, berita itu telah cukup untuk mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.
Kedua: Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi meningkat, harga emas akan melonjak selaras dengan inflasi.
Dalam situasi negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar yang menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan jumlah yang banyak seperti USD787 bilion pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat telah memberi kesanterhadap peningkatan inflasi.
Amerika hanya mencetak Dolar dengan sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai Dolar Amerika akan turun.
Ketiga: Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum juga akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, manakala jika harga petroleum jatuh, harga emas juga dijangka akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam World Gold Council. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bullion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100% oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38% daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Namun yang demikian, masih belum terdapat Gold ETF ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi dunia yang berpunca di Amerika, dan daripada mereka kemelesetan ekonomi terus merebak ke seluruh dunia terutamanya di Eropah baru-baru ini. Ekoran dari krisis tersebut, orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pengaruh pergolakan harga.
Demikian beberapa fakta yang dapat kita kongsi bersama. Seandainya ada dikalangan pembaca yang terasa berminat untuk memulakan simpanan emas secara fizikal, anda adalah dialu-alukan untuk menghubungi saya.
Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...