Pages

Monday, December 24, 2012

Pelaburan Emas Guna Arrahnu

Sekarang ini ramai yang bersunggut kerana kenaikan  harga emas tidak seperti yang dijangkakan. Bagi mereka yang beli dan simpan sahaja, mungkin tidak pening kepala sangat. Tapi bagi golongan yang menggunakan Arrahnu untuk meraih keuntungan lebih besar mesti termenung memikirkan upah
yang terpaksa di bayar ribuan RM disebabkan harga emas sepanjang 2012 tiada kenaikan ketara sepertimana diharapkan pelabur iaitu kenaikan 2011 akan berulang.

Tapi apa nak dikata...nasi dah jadi bubur...emas Arrahnu mungkin bakal dilelong. Nasihat saya kalau boleh ambil semula emas di arrahnu dan dapat balik modal, tebus aje. Kalau tidak bayarlah upah dengan mengharap harga akan naik.

Memang 1 kesilapan bagi pelabur emas, membeli barang perhiasan untuk melabur dalam emas. Ini kerana, spread barangan tersebut adalah tinggi iaitu 10%. Kenapa kita tidak memilih spread yang lebih rendah...? Jawapan dia sebab kurang ilmu dalam pelaburan. Join sebab ramai yang join n kater untung.

1 lagi kesilapan para pelabur ialah menggunakan Arrahnu ntuk meningkatkan nisbah keuntungan. Arrahnu hanya sepatutnya digunakan pada waktu terdesak. Contohnya, setelah kita membeli emas, harga turun dengan agak banyak. Time macam nie, bolehlah guna Arrahnu untuk meningkatkan kadar keuntungan.
Jadi bagi yang baru nak mula melabur dalam emas @ pelabur yang dah tertipu dengan skim 30 – 70 penjual emas... JANGAN beli barangan kemas untuk tujuan pelaburan emas.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...