Pages

Sunday, December 23, 2012

Cara Guna Dinar Emas untuk Bayar Loan ASB


Saya percaya ramai yg buat simpanan ASB melalui pinjaman atau ASB loan.

Biasanya, kaedah yg selalu digunakan adalah dengan membuat bayaran ansuran pinjaman pada tahun pertama.

Kemudian Dividen yang diterima pada tahun pertama akan digunakan untuk membayar bagi tahun berikutnya pulandan begitulah seterusnya sampai pinjaman tersebut habis dibayar.



Anda boleh meningkatkan keuntungan pelaburan dengan cara ini:

1. Dividen yang diterima gunakan kesemuanya untuk membeli Emas 1 Dinar.

2. Setiap bulan, jual beberapa keping Dinar hanya sekadar cukup untuk membuat bayaran ansuran pinjaman.

3. Dengan kenaikan harga Emas, jumlah Dinar yang dijual dari masa ke semasa akan semakin berkurang, walaupun jumlah ansuran pinjaman ASB yang dibayar tetap sama. Sebagai contoh, pada tahun 2010 harga purata sekeping Dinar RM550, dan pada tahun 2011 harga puratanya RM650.

4. Dengan kaedah ini, anda akan dapat menjelaskan ansuran bulanan pinjaman ASB tanpa sebarang masalah, dan sampai satu masa anda akan mempunyai Dinar Emas yang masih berbaki, bererti Dinar tersebut anda perolehi secara PERCUMA.

5. Kaedah ini juga merupakan salah satu Strategi Pemurataan (Averaging), iaitu anda membeli Dinar Emas dalam jumlah yang banyak, dan menjualnya sedikit demi sedikit, dalam masa yang sama harga Emas yang terus mendaki akan memberikan keuntungan kenaikan nilai Emas Pelaburan anda.

Praktikkanlah, insyaAllah berbaloi.
Kalau anda nak bimbingan dan pelbagai Tips pelaburan Emas, anda boleh mendaftar nama saya sebagai Introducer anda bila anda membeli produk Emas dan Perak Public Gold.

sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...