Pages

Tuesday, January 29, 2013

Tips memajukan bisnes kecil

 
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda satu topik yang sangat menarik. Satu topik yang jarang orang ramai fikirkan (terutamanya bagi usahawan kecil) dan satu topik yang WAJIB anda ambil tahu, ambil perhatian untuk majukan bisnes anda.Selain itu juga, ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam perniagaan dan menguruskan beberapa perniagaan.

Intai pesaing anda bukan setakat kenali nama dan produk mereka sahaja, tetapi anda kena kenali mereka lebih daripada itu.
1. Faham permainan HARGA mereka
2. Kenali pembekal mereka
3. Kenali pasaran sasaran mereka
4. Fahami SWOT mereka
5. Fahami pelan pemasaran mereka atau permainan promosi mereka
6.Tahap mana kedudukan produk merekadan banyak lagi yang perlu anda analisis. Makna kata, anda perlu kenali mereka.Tetapi...adakah perlu anda ikut apa tindakan mereka?

TIDAK! jangan sesekali ikut tindakan mereka, contohnya, mereka turunkan HARGA produk...anda pun nak TURUN kan harga produk...(tak ada idea lain ke?)Anda kena bertindak lebih advan daripada mereka, analisis SWOT bagi diri atau syarikat anda pula, tonjolkan kelebihan, kurangkan kekurangan, rebut pelaung yang wujud dan singkirkan ancaman. Oleh itu, anda akan bersaing dalam pasaran tersendiri anda.

Pernah dengar AIRASIA dan MAS? kenapa AIRASIA tak bersaing dalam industri penerbangan premium? sebab mereka takut kalah dan akan musnah. Sekarang, mereka di dalam industri nya sendiri.Oleh itu, intai-intai lah apa kelakuan pesaing anda...okey!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...